Rabu, 19 Januari 2011

Dulu benci, sekarang 'cinta'!!

Assalammualaikum,

Lama betul tak update blog yang ni, kak zana pun macam student jugak malah lebih lagi rasanya. Kalau student tu nak ngadap buku hari2. Perah otak nak buat assignment la, ntah apa2 lagi. Tapi kak zana perah otak hari2 memikir nak masak apa. Celik je mata pepagi dah fikir nak sarapan apa. Belum sempat masuk tengahari, dah fikir masak untuk tengahari pula. Malam, makan simple je.

Dulu kan, dulu2 la......masa bujang trantangtang......kak zana paling tak suka memasak. Apa2 mak masak yang sedap2, kak zana tak pernah tanya resepi. Memang tak berminat langsung. Umur kak zana sweet seventeen pun kak zana masih belum pandai masak. Taunya tolong atok parut kelapa, masak nasi. Kalau kerja2 kemas rumah memang kak zana suka. Pasang langsir, sapu sampah, cabut rumput. Bila cuti sekolah ikut mak kak zana balik Perak (kak zana dulu atok bela) pun sama jugak. Bab masak memasak kerja mak dengan kakak. Hinggalah kak zana berkahwin, kak zana masih belum mencintai dunia masakan. Masa tu masih bekerja jadi makan luar lebih banyak daripada masak sendiri. Bila dah berhenti kerja, barulah kak zana ada perasaan nak mencuba masakan yang pelbagai. Kena pula teman2 di alam maya ni yang terror memasak. Rasa cemburu pula.

Bila dah lama kahwin, skill memasak dah semakin baik. Kak zana rasa rugi sangat tak ambil ilmu dari mak yang pandai memasak. Sekarang ni kalau nak tau resepi mak, kena selalu tengok dia masak. Sambil tolong, sambil tanya, jadi tak la ketara sangat yang kak zana ni nak ambil ilmu dia. Mak kak zana ni pula bukan jenis yang suka bagitau anak resepi yang dia masak. Bukan kedekut, mungkin dia nak kita belajar sendiri atau cari sendiri. Kalau di tanya dia akan jawab.

Banyak kebaikkan kalau kita pandai memasak. Perbelanjaan rumah boleh di jimatkan, tak perlu makan di luar setiap hari. Seminggu sekali ok le! Suami dan anak pun tambah mesra sebab makan makanan dari air tangan kita, isteri dan ibunya. Hubungan kekeluargaan pun rapat kerana sambil makan kita boleh bertanya khabar kegiatan masing2 setiap hari. Aktiviti kak zana memang mereka dah tau, kak zana yang perlu tau apa aktiviti ayah dan anak pula.

Kak zana harap kak zana akan terus jatuh cinta pada dunia masakan demi keluarga tercinta!!

Sabtu, 12 Disember 2009

Hobi melancong

Pemandangan yang indah di waktu petang dan pagi, ketika matahari terbit dan terbenam adalah yang paling kak zana suka lihat dan ambil gambar. Terutamanya di tepi pantai, sungguh mengasyikkan kak zana. Masa tu la terkenang zaman remaja dengan kawan-kawan perempuan kak zana.

Kak zana ni masa dulu-dulu, suka sangat pergi bercuti ketempat-tempat yang indah. Boleh di katakan pantang ada kawan buat rombongan, mesti pergi. Tak kira samada bajet cukup ke tak dalam bulan tu, yang penting hobi melancong mesti di utamakan.

Taman tema yang paling kak zana suka pergi, di Melaka (Wet World). Sunway Lagoon pun best juga. Genting Highland.......kalau indoor kak zana tak minat sangat, bosan rasanya. Kak zana suka aktiviti seperti naik roller coaster. Dulu-dulu ada roller coaster yang terletak di lereng bukit, di bawahnya gaung. Huhu....boleh gugur jantong kak zana sekarang kalau naik bendalah tu!! Dulu tak kisah la......sebab muda lagi dan kepala gila-gila sikit. Lepas naik sekali, nak naik lagi lepas tu.......walau pun tangan ni sakit menggenggam tempat duduk dengan begitu kuat kerana takut sangat.

Pulau paling best sekali yang kak zana dah pergi tentu la Pulau Tioman. Aktiviti snorkling yang seronok sangat walaupun tak pandai berenang. Asal ada pelampung, gogle dan kaki itik tu, boleh tengok ikan berbagai warna dalam laut. Rasa taknak balik masa tu........dah tak rasa takut di kelilingi air laut sedangkan sebenarnya kak zana ni penakut dengan laut.

Pulau Perhentian dan Pulau Kapas pun seronok juga. Begitu juga dengan Pulau Sibu Besar dan Langkawi. Setiap kali pergi pulau-pulau, kak zana paling suka aktiviti berkayak. Tapi bila berkayak, kak zana mesti elak daripada melalui batu-batu karang sebab entah kenapa kak zana takut dengan benda-benda ni. Lagi pun bila kita berada di tempat orang atau tempat yang kita tak biasa, tak boleh buat sesuka hati. Pernah terjadi dulu kawan kak zana kena histeria ketika kami di Pulau Besar atau Pulau Sibu kalau tak silap. Masa tu ada game buat istana pasir. Member kak zana ni pergi petik pokok bunga sekitar pulau tu untuk di jadikan hiasan istana mereka. Malam tu, dia meracau menjerit-jerit. Nasib baik ada member yang pandai baca apa yang patut.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang kak zana pergi melancong tapi nantilah kak zana cerita. Terima kasih pada yang sudi meluangkan masa membaca kisah kak zana ni.

Isnin, 2 November 2009

Pembuka kata

Assalammualaikum....para pembaca blog kak zana......

Kak zana buka blog ni hanya untuk berkongsi tentang apa yang kak zana suka, tu sebab di namakan blog suka-suka. Contohnya seperti makanan, pakaian, bahan bacaan, tempat peranginan dan lain2 lagi.

Buat masa sekarang ni kak zana kekeringan idea. Bukan kering kontang tapi masa untuk mencari idea selalu terganggu dengan kerja2 rumah yang tak habis. Blog ni pun belum lengkap lagi.

Sabar ye sesiapa yang tersinggah kat sini!