Rabu, 19 Januari 2011

Dulu benci, sekarang 'cinta'!!

Assalammualaikum,

Lama betul tak update blog yang ni, kak zana pun macam student jugak malah lebih lagi rasanya. Kalau student tu nak ngadap buku hari2. Perah otak nak buat assignment la, ntah apa2 lagi. Tapi kak zana perah otak hari2 memikir nak masak apa. Celik je mata pepagi dah fikir nak sarapan apa. Belum sempat masuk tengahari, dah fikir masak untuk tengahari pula. Malam, makan simple je.

Dulu kan, dulu2 la......masa bujang trantangtang......kak zana paling tak suka memasak. Apa2 mak masak yang sedap2, kak zana tak pernah tanya resepi. Memang tak berminat langsung. Umur kak zana sweet seventeen pun kak zana masih belum pandai masak. Taunya tolong atok parut kelapa, masak nasi. Kalau kerja2 kemas rumah memang kak zana suka. Pasang langsir, sapu sampah, cabut rumput. Bila cuti sekolah ikut mak kak zana balik Perak (kak zana dulu atok bela) pun sama jugak. Bab masak memasak kerja mak dengan kakak. Hinggalah kak zana berkahwin, kak zana masih belum mencintai dunia masakan. Masa tu masih bekerja jadi makan luar lebih banyak daripada masak sendiri. Bila dah berhenti kerja, barulah kak zana ada perasaan nak mencuba masakan yang pelbagai. Kena pula teman2 di alam maya ni yang terror memasak. Rasa cemburu pula.

Bila dah lama kahwin, skill memasak dah semakin baik. Kak zana rasa rugi sangat tak ambil ilmu dari mak yang pandai memasak. Sekarang ni kalau nak tau resepi mak, kena selalu tengok dia masak. Sambil tolong, sambil tanya, jadi tak la ketara sangat yang kak zana ni nak ambil ilmu dia. Mak kak zana ni pula bukan jenis yang suka bagitau anak resepi yang dia masak. Bukan kedekut, mungkin dia nak kita belajar sendiri atau cari sendiri. Kalau di tanya dia akan jawab.

Banyak kebaikkan kalau kita pandai memasak. Perbelanjaan rumah boleh di jimatkan, tak perlu makan di luar setiap hari. Seminggu sekali ok le! Suami dan anak pun tambah mesra sebab makan makanan dari air tangan kita, isteri dan ibunya. Hubungan kekeluargaan pun rapat kerana sambil makan kita boleh bertanya khabar kegiatan masing2 setiap hari. Aktiviti kak zana memang mereka dah tau, kak zana yang perlu tau apa aktiviti ayah dan anak pula.

Kak zana harap kak zana akan terus jatuh cinta pada dunia masakan demi keluarga tercinta!!